Badan Pengurusan Bersama JMB PANGSAPURI SRI BAKAWALI bertanggungjawab dalam
Mengurus, Mentadbir dan Menyenggara 10 blok (A-J) dan kawasan awam harta
gunasama (Common Area & Common Property).
"Daripada Pemilik Petak, Kepada Pemilik Petak"
Lawatan Mesra diPangsapuri Sri Bakawali.
Lawatan Mesra daripada MPHS-Jabatan Landskap En Phadil, En Azhar- Bahagian Perancang Bandar bersama kontrator En Johari. 27062022
SPAH (Sistem Penuaian Air Hujan)
Dimaklumkan, Kawasan Pangsapuri Sri Bakawali telah dipasang Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Ianya diletakkan dikawasan Laman Hijau 2, untuk saliran air ke tanaman Cili. Air hujan yang turun dikumpul daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan untuk tujuan tanaman atau aktiviti seharian. SPAH dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada sosio-ekonomi dan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan air domestik dan sebagai satu alternatif sumber air bagi membekalkan air kepada tanaman, serta sebagai satu cara pengawalan banjir.
Laluan Pejalan Kaki Pangsapuri Sri Bakawali
Marilah kita beriadah bersama keluarga dengan melaksanakan aktiviti berjalan kaki dengan 10,000 langkah setiap hari dilaluan pejalan kaki yang telah disediakan. Gunakanlah kemudahan yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya. Moga memberi manafaat kepada seluruh penghuni/pemilik/penyewa Pangsapuri Sri Bakawali. Disepanjang laluan juga ada diletakkan bangku serta kawasan berehat dan juga papan tanda berinformasi bagi memberi kemudahan kepada pengguna, selain itu jarak antara parkir juga memberi ruang yang selesa bagi pengguna laluan pejalan kaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















