Badan Pengurusan Bersama JMB PANGSAPURI SRI BAKAWALI bertanggungjawab dalam
Mengurus, Mentadbir dan Menyenggara 10 blok (A-J) dan kawasan awam harta
gunasama (Common Area & Common Property).
"Daripada Pemilik Petak, Kepada Pemilik Petak"
Cadangan lokasi Pembinaan wakaf Pondok/Gazebo diPangsapuri Sri Bakawali.
Pemasangan penutup paip dipintu pagar belakang. 10/9/2021 (Jumaat)
NOTIS PEMBERITAHUAN
| Untuk maklumat semua, kerja2 mengecat pemegang tangga kayu dan besi fasa pertama mulai blok A hingga blok E akan dilaksanakan mulai pada hari rabu, 15 September 2021 hingga 5 oktober 2021, jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Kerja2 mengecat akan disambung pada hari berikut sekiranya tertangguh. |
Semaian Tanaman dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman boleh didapati disini.
Bagi anda yang ingin mendapatkan sayur-sayuran atau ulam-ulaman seperti kacang botol, Terung, Kacang Peas, Cili Bara, Cili Besar, Limau kasturi, Ulam Raja serta semaian tanaman dan lain-lain lagi boleh hubungi pihak JMB.
|
![]() |
![]() |
| Kacang Botol | Buah Markisa | Cili |
![]() |
![]() |
![]() |
| Cili | Strawberi | pokok semaian |
Senggara serta menaiktaraf
Menyenggara serta menambahbaik kemudahan bersama. Fasa pertama "hand grill" blok A-E sedang dijalankan. Senggaraan tong sampah dirumah sampah no 1 (blok i dan j).
| Proses membuang karat besi sebelum proses mengecat. | ||
|---|---|---|
| Proses mengecat "hand grill" bermula pada 14/9/2021 | ||
| Penambahbaikan Tong Sampah | ||
Lawatan untuk Program Kitar Semula. 22/8/2021
Atas kesedaran akan kepentingan kitar semula, Pihak JMB dengan kerjasama Jabatan Sisa Pepejal, Hulu Selangor berusaha untuk menjayakan program Sisa Jadi Dana (SIDINA) dikawasan Pangsapuri Sri Bakawali. Dengan itu En Ismail Gulam Rasul dari Jabatan sisa pepejal, MPHS telah datang melawat tapak untuk program kitar semula diPangsapuri Sri Bakawali. Semua Penduduk/penyewa/pemilik digalakkan menggunakan ruangan kitar semula yang telah disediakan dan juga yang bakal disediakan.
Notis dan Jadual kontraktor pemotongan rumput disekitar kawasan pangsapuri.
PERINGATAN MESRA,
Dimaklumkan Kontraktor akan melakukan kerja-kerja pemotongan rumput bermula pada minggu ke dua setiap bulan mengikut jadual/zon yang telah disediakan iaitu pada hari Isnin-Sabtu dengan masa 8pagi - 5 petang dan juga berdasarkan keadaan cuaca dari masa ke semasa. Para pemilik kenderaan adalah diingatkan untuk mengalihkan kenderaan buat sementara waktu iaitu ketika kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada kenderaan, ianya adalah menjadi tanggungjawab sendiri. Kerjasama membawa jalinan mesra.
|
|
|














































