Pilihan Bahasa

Perbincangan dan Lawatan tapak TM Fiber 25/10/2021

Perbincangan dan lawatan tapak untuk penambahan kabinet fiber bersama wakil TM untuk menaiktaraf TM Fiber dikawasan Perumahan Pangsapuri Sri Bakawali.

NOTIS AMARAN

Sila ambil maklum.
Rumah sampah dan tong sampah adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan JMB.
Hanya pemilik dan penduduk Pangsapuri sahaja dibenarkan menggunakan kemudahan rumah sampah dan tong sampah didalam kawasan Pangsapuri.

Sampah Pukal





Sampah pukal adalah barangan selain sisa makanan seperti perabot, tilam, barang elektronik, tayar buruk, batu, kayu atau pokok dan yang seumpamanya. Kita semua perlu faham sampah pukal tidak termasuk dalam skop kutipan sampah MDHS.

Pihak Pengurusan JMB perlu penyewaan Tong RORO bagi pengumpulan sampah pukal. Kepada semua penduduk, Sila pastikan sampah pukal tidak dibuang didalam tong sampah rumah sampah.
 
Pekerja-pekerja JMB sedang memindahkan sampah pukal ke dalam tong RORO.

Lawatan Pegawai Pertanian Kalumpang dan Pegawai myGAP pada 29/09/2021

Ikan Pekasam

👍Pemprosesan Ikan Pekasam daripada ternakan ikan yang diusahakan. Pada yang berminat untuk merasai kenikmatan ikan pekasam hanya RM5 sepaket. Sila berhubung dengan pihak JMB.

Aquaponik - Proses pemasangan bermula pada 2/10/2021 (tempoh 2 minggu) diLaman Hijau 1.0